Sambutan Ulangtahun USM Ke-50

Bersama kita raikan perayaan sambutan ulangtahun yang bakal diadakan tidak lama lagi

Hospital USM Tubuh Organisasi Kawad Kebakaran

Memastikan keselamatan staf dan pesakit sentiasa berada dalam keadaan selamat, Hospital USM dengan kerjasama bomba tubuh OKK

Asma Ismail (Prof,Datuk,Dr.) Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan

Ucapan kepada seluruh warga Hospital USM,pesakit,peneman pesakit. Terima kasih kerana membantu Hospital USM. Semoga dengan berpuasa dapat merapatkan diri kita kepada Allah s.w.t

Ahmad Sukari Halim (Prof,Dato',Dr.) mengajak semua bersenam

Pelajar dan staf digalakkan untuk selalu bersenam bagi memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan kehidupan seharian kita

Iklan kosong 5

Hubungi kami sekarang, khidmat ini khusus untuk makluman

Monday, April 29, 2019

RABUN PENGLIHATAN - INSAN YANG DIUJI TUHAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Mac 2019 – Mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan harus dijaga sebaik-baiknya. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 1.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan pelbagai masalah gangguan penglihatan.

Menurut Pegawai Optometri, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Sharmizi Majid, penyebab utama kepada masalah gangguan penglihatan adalah rabun yang tidak dikesan atau diperbetulkan dan katarak.

“Setiap individu sepatutnya menjalani ujian penglihatan bagi mengetahui status penglihatan mata mereka. Ujian ini penting kerana ianya dapat mengesan masalah seperti rabun jauh, rabun dekat, juling dan penglihatan terhad pada peringkat awal,” katanya semasa temubual dalam Rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM, baru-baru ini.


Ujian tahap penglihatan juga merupakan sebahagian daripada pemeriksaan fizikal secara am untuk mengetahui sebarang perubahan dari segi penglihatan.

Tambah Sharmizi, pemeriksaan penglihatan merupakan satu kaedah asas untuk mengesan masalah penglihatan pada kanak-kanak. Ia patut menjadi rutin kepada semua kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan tanpa menunggu aduan dari kanak-kanak berkaitan penglihatan mereka.

“Masalah terjadinya rabun bukan hanya bergantung kepada faktor genetik malah boleh dikaitkan dengan faktor persekitaran dan cara hidup seharian contohnya penggunaan komputer, gajet dan kerja sekolah yang terlampau banyak.

“Kebiasaannya, ujian penglihatan secara terperinci hanya dijalankan di hospital kerajaan kerana di situ terdapat peralatan yang canggih di samping premis-premis swasta yang turut menawarkan khidmat berkenaan,”ujarnya lagi.

Pilihan rawatan paling utama adalah preskripsi kacamata, ia merupakan kaedah rawatan pembetulan optikal sistem penglihatan individu yang dilakukan oleh optometris untuk menghasilkan setiap kacamata bagi masalah rabun yang dihadapi oleh setip orang. Setiap kacamata yang dihasilkan adalah amat unik dan hanya sesuai untuk pemakainya sahaja.

“Selain itu terdapat juga kaedah lain seperti preskripsi kanta lekap sehinggalah ke peringkat invasif seperti rawatan laser (LASIK) yang bergantung kepada tahap dan kesesuaian,”katanya.

Tambah Sharmizi, dalam era kecanggihan ilmu dan teknologi masa kini terdapat pelbagai kaedah rawatan yang sering ditularkan antaranya seperti ubat-ubatan, terapi, pemeriksaan bingkai kacamata tertentu, pemakanan dan vitamin. Namun, kesemua kaedah tersebut didapati tiada kajian klinikal yang sah dilakukan ianya hanya testimoni sahaja tanpa bukti kajian yang sah dan akan memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan mata.

Sumber : h.usm.my

KAYUHAN SANTAI SAMBUTAN 50 TAHUN USM TARIK 800 PESERTA DALAM DAN LUAR NEGARA


KUBANG KERIAN, 13 April 2019 – Inisiatif menyemarakkan sambutan 50 tahun Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun ini diteruskan apabila Kelab Pengurusan Sukan dan Kebajikan Staf (KESUKAS) Kampus Kesihatan USM menganjurkan Program Kayuhan Santai 50 tahun USM hari ini.
Seramai 800 peserta terdiri daripada Ahli Kelab Basikal dari pelbagai negeri dan komuniti setempat mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 42 kilometer, yang bermula daripada Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM.
Yang Dipertua KESUKAS Kampus Kesihatan USM, Dr. Ibariyah Iberahim berkata, program terbabit adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 USM.


“Program Kayuhan Santai ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kelab Basikal Lasak USM, Majlis Penghuni Desasiswa Murni dan Nurani Kampus Kesihatan USM serta Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan USM.
"Semangat kerjasama daripada semua telah membuahkan hasil pada hari ini dan membuatkan saya amat bangga dengan komitmen ahli yang terlibat tanpa mengira penat lelah demi memastikan program berjalan lancar dan menunjukkan semangat Kami Sayang USM," kata Ibariyah.
Penganjuran yang julung kali dianjurkan oleh KESUKAS Kampus Kesihatan USM ini juga mendapat penyertaan daripada Kelab Basikal dari Thailand serta mendapat penyertaan lebih 1,000 peserta namun pihak kami hanya membuka penyertaan kepada 800 orang sahaja pada kali ini, ujar Ibariyah.
“Acara berbasikal adalah aktiviti yang kerap mendapat sambutan kerana telah menjadi gaya hidup masyarakat pada masa kini untuk melakukan aktiviti riadah khususnya bersama keluarga.“Pelaksanaannya bukan sahaja dapat menjamin masyarakat yang sihat dan cergas, malahan mempromosi USM kepada komuniti,” ujar Ibariyah lagi.
Terdahulu, pelepasan peserta Kayuhan Santai disempurnakan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM Profesor Dato' Dr. Ahmad Sukari Halim.
Di dalam ucapannya, beliau amat berbangga apabila seluruh warga kampus USM teruja dalam menyambut ulang tahun USM yang ke-50 pada tahun ini.
"Sejak USM ditubuhkan pada tahun 1969, pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh USM dan lebih manis lagi apabila pada tahun ini USM berada di tangga ke-49 di seluruh dunia dalam Times Higher Education (THE) University Global Impact Rankings yang dikeluarkan buat julung kalinya baru-baru ini.
“Saya juga kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh warga USM sehingga ada yang sanggup berkayuh dari Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) sejauh 400 kilometer semata-mata untuk menyertai kayuhan pada hari ini di Kampus Kesihatan,” kata Ahmad Sukari.
Turut hadir pada program ini ialah Presiden Kelab Basikal Kelantan merangkap Presiden Persekutuan Muay Thai Pro Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani; Pengarah Urusan Crestmax Auto Kb Sdn Bhd merangkap penaja utama kayuhan berbasikal 50 tahun USM, Dato’ Abdul Rahman Maulud; dan Timbalan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 50 Tahun USM Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Adam Hussein.

Sumber : kck.usm.my

TEMPAT BELAJAR PERUBATAN BER'CLASS' SEPERTI HOTEL

Seperti yang sedia maklum, Hospital USM menyediakan 'training ground' kepada pelajar berkaitan dengan perubatan. Kemudahan yang lengkap dan teknologi terkini disediakan di Hospital USM bagi memastikan semua pelajarnya dapat menimba ilmu sebelum memberi bakti kepada masyarakat. Hospital USM melahirkan Bintang. 


The Sanctuary

MAJLIS AMAL BERSIH TAPAK PELUPUSAN SISA BIOLOGI USM


KHIDMAT MASYARAKAT DIPERLUKAN LAGI

Hospital USM sangat2 berterima kasih ๐Ÿค kepada SUKARELAWAN
.
Jasa semua sangatlah dihargai. Tiada ada daya upaya dipihak kami untuk membalasnya dalam usaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua.
.
#tag sesiapa yg berdekatan dgn KB Mall,Kota Bharu untuk beri sumbangan. Jiran, kawan, isteri, suami, pakcik, makcik, cikgu untuk BERSAMA menabur bakti. 


WAD KORPORAT DI HOSPITAL USM MACAM "GORENG PISANG PANAS"


Hospital USM berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kepada pesakit dengan mewujudkan Wad Korporat yang terletak di Tingkat 2 Hospital USM.

Rata-rata pengguna melahirkan rasa puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Hospital USM. Netizen juga turut memperkatakan tentang perkara ini.



Tidak kurang juga yang membandingkan dengan wad-wad berbayar di hospital yang lain. Namun, wad korporat di Hospital USM  mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai banyak testimoni daripada pengguna sebelum ini yang terdiri daripada dalam dan luar negeri.

WAD KORPORAT DI HOSPITAL USM (2TD)

Wad korporat merupakan alternatif baru bagi pesakit yg memerlukan keselesaan semasa berada di hospital. #Wad ini mempunyai 15 bilik. Lokasinya adalah di tingkat 2 bangunan #hospital bertentangan dengan wad 2 selatan dan 2 utara.
๐Ÿ“Œ Wad ini terbuka kepada semua pesakit yg stabil & perlu mendapat kebenaran daripada #Doktor sblm dibenarkan utk tranfer ke wad ini.
๐Ÿ“Œ #Deposit RM 500 sama ada secara tunai, debit atau kredit diperlukan semasa admission.
๐Ÿ“Œ #Caj bilik & makanan adalah RM 200 sehari.
๐Ÿ“Œ Doktor yg merawat adalah Dr yg sama dengan open wad.
๐Ÿ“Œ Guarantee Letter (#GL) atau #insuran boleh digunakan utk perawatan hospital yg lain. Rate utk rawatan atau penyiasatan adalah sama sahaja seperti open wad.
๐Ÿ“Œ Bagi pesakit di open wad yg ingin utk tinggal di wad ini boleh bertanya kpd jururawat terlibat dan mendapat kelulusan drpd Doktor yg merawat terlebih dahulu.
๐Ÿ“Œ Bagi kes #postnatal pula, selepas selesai sahaja bersalin boleh bgth jururawat di wad bersalin utk request wad korporat dan mereka akan tolong uruskan.
๐Ÿ“žSebarang pertanyaan boleh hubungi 09-7674054

✍️Cara booking Wad korporat untuk kes lepas bersalin ๐Ÿคฐ๐Ÿคฐ๐Ÿคฐ
✳️Wad korporat hanya menerima kes lepas bersalin sahaja. Tiada pakej bersalin disediakan.
✳️ Kes bersalin secara Normal perlu booking melalui jururawat di Labour room selepas selesai bersalin & perlu mendapat kebenaran daripada Doktor yg merawat.
✳️ Manakala kes bersalin secara caesar yang telah dapat tarikh pembedahan boleh booking via phone tetapi setelah selesai caesar pesakit perlu dipantau di wad biasa(2 topaz) terlebih dahulu sblm dipindah ke wad korporat pada hari keesokannya setelah mendapat kebenaran drpd Doktor yg merawat.
✳️Bergantung kepada kekosongan bilik kerana wad korporat hanya mempunyai 15 bilik sahaja.
✳️ Kebiasaannya kes bersalin normal hanya akan stay di wad untuk sehari sahaja manakala kes caesar perlu stay di wad selama 3 hari untuk pemantauan luka pembedahan & untuk suntikan ubat cair darah(heparin).
✳️Deposit rm500 hanya perlu dibayar di unit hasil pada hari kemasukan wad. Caj sehari wad korporat adalah rm200.
✳️Perlu sediakan salinan ic pesakit & penyata akaun pesakit untuk proses refund baki deposit setelah ditolak dgn caj bilik.
Sebarang pertanyaan boleh direct call wad di talian 09-7674054.
Terima kasih | ่ฐข่ฐข | เฎจเฎฉ்เฎฑி

Sumber : Hospital USM Fanpage

PENSYARAH DAN PELAJAR USM TEROKAI DUNIA LAUTAN SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN USM




KOTA BHARU, KELANTAN, 21 April 2019 – Seramai sembilan orang pensyarah dan pelajar Sarjana Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah melakukan aktiviti selaman skuba di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini. Aktiviti yang diketuai oleh Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Profesor Madya Dr Tuan Hairul Tuan Kamauzaman dilakukan  sempena Sambutan 50 Tahun USM.

Selaman skuba ini adalah yang pertama dilakukan di mana semua penyelam merupakan doktor perubatan berdaftar yang berkhidmat di USM.
Salah seorang penyelam yang menyertai aktiviti berkenaan, Dr Muhammad Hafiz Hanafi yang juga Pakar Perubatan Rehabilitasi berkata, menerusi program skuba ini banyak pengisian yang diperolehi terutama mengenai penjagaan terumbu karang dan juga kajian penyelidikan melibatkan para penyelam dan dunia perubatan.
“Program ini tertumpu di tiga tempat yang telah dikenalpasti iaitu ‘Romantic Beach’, D’Lagoon dan Sanchoi Ship Wreck dengan kedalaman 16 meter,” katanya.
Jelas Muhammad Hafiz, kebanyakan penyelam skuba adalah pegawai perubatan yang bertugas dalam pelbagai bidang perubatan antaranya seperti Oftalmologi, Anestesiologi dan Perubatan Masyarakat.
Antara tujuan lain dalam program selaman skuba ini juga adalah untuk menarik lebih ramai warga USM  menceburkan diri dalam dunia selaman skuba sekaligus menggalakkan minat dan kecintaan terhadap hidupan laut selain daripada mengajak masyarakat menghargai keindahan alam dan kepentingan untuk menjaga kebersihan tidak kira di darat atau di lautan agar kehidupan di dasar laut tidak terkesan dengan kekotoran yang disebabkan oleh manusia.



Sumber www.hospital.usm.my