Sunday, May 5, 2019

BENARKAH PROFESION MENJADI SEORANG DOKTOR SUATU TUGAS YANG SUKAR DITERIMA?



Satu perkongsian daripada Laman Page Facebook Suami Isteri, Keluarga Bahagia yang memberikan pandangan bahawa tugas seorang doktor adalah tersangat berat. Ada komen netizen mengatakan bahawa dedikasi kerja sebagai doktor hanyalah untuk pesakit atau banyak masa untuk pesakit sehingga keluarga sendiri tidak terjaga.

Namun demikian, ada juga dikalangan netizen membuat perbandingan antara Houseman (HO) dan Medical Officer (MO). Pengalaman menjadi HO memanglah mencabar sehingga makan pun tidak sempat, pesakit diutamakan. Sebagai seorang HO juga, mereka perlu 'perform' untuk mendapatkan tempat di mana2 hospital sebagai Pegawai Perubatan.

Sebab itu kerjaya sebagai seorang doktor itu disanjung oleh masyarakat sehingga keluarga sendiri pun terpaksa diketepikan. Sejauh manakah kebenaran ini?

Sumber : Suami Isteri Bahagia

=======================================================================

Assalam smua 

Saya suami , baru kawen 8 bulan , umur baru 26 , isteri 26 . Saya kerja cikgu jaaa wife saya doktor. Baru setahun kerja .

Saya nak mengeluh ckit ja la, kadang2 kawen ni rasa mcm xkawen min ,wife xpenah lekat kat rumah ,mcm harini hari buruh wife keja jgak ,jmaat sabtu dia keja ,time saya kerja dia cuti . Cuti dia shari sminggu , bayangkan la terseksanya saya macamana? Kalau takdir , dia request cuti boleh sama dgn saya , dia mostly akan tidur ja shari . Kalau dia xletih, dia ajak balik umah mak dia . Malas gaduh , saya ikut ja la.

Tak kira lg lau dia oncall, tidoq la saya kat rumah sorg2 peluk bantal peluk. Sunyi tau . Saya rasa dia mcm xbagi keutamaan pd saya la.

Tringin jugak nak merasa mcm org lain , balik keja ada isteri sedia teh , kuih, bley minum lpas penat keja. Ingat xpenat ke keja cikgu kena kawal dak2 darjah 2 , buaih dia ya Allaahhhhh. Makan pun banyak bli luaq ja, spanjang 8 bln kawen, 3 kali ja dia msuk dapur . Jarang boleh rasa air tangan isteri.

Paihtu saya cemburu jgak bla tgok dia slalu aktif dlm grup doktor dia. Waktu cuti tu cuti la , lupa la sat pasal pesakit tu . Suami ni dok sakit hati ada dia kisah?

Bila dia chat lama kat fon , bla saya tanya dia cerita la pasal kes dia kt hospital. Cemuih la dengar , saya xminat benda2 nerd ni. Dalam grup tu campoq laki pompuan, mmg bebas pergaulan. Tu yg depan mata saya, kat hospital tu xtau la. Time oncall tu lagi la risau, tak mau la tuduh macam macam tapi saya tau dia oncall dgn dr laki. B@bi ja kot tak cemburu .

Benda ni saya simpan lama dah . Orang yang sabar ni kalau skali dia meletup mmg bahaya. Sejak kawen , saya tlg tau buat keja rumah, basuh baju ,sidai kain semua la sbb kesian kat dia. La ni 2 minggu dah saya xbuat apa . Tu bukan keja saya dan klau saya xbuat pun dia xkan perasan dan peduli. Sampai bila nak jadi mcmni , nnti kalau ada anak pun nak saya menyusu k???