Sunday, May 12, 2019

WAKIL HOSPITAL USM BERENTAP DI MAKSAK 2019




Hospital USM bukan sahaja melahirkan mereka yang berkebolehan dalam bidang perubatan, malah turut mengasah bakat-bakat terpendam dalam bidang sukan.

Pasukan USM Kampus Kesihatan menyerlah dalam Kejohanan Tertutup Bowling Bergu anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2019 yang diadakan dari 19-24 hb April 2019 yang lalu.

Bagi kategori wanita, regu Noraini Md Zain (PPKT)  dan Mar'iyah Abd Malek (Hospital USM) muncul sebagai Naib Johan, manakala regu Lau Swee Gim (Hospital USM) dan Noorharlizatul Asma Harun (Hospital USM) menduduki tempat ke-4 dari 28 regu yg bertanding. Lau dan Noor berentap menghadapi banyak regu lawan yang sangat berpengamalan dan berjaya mengalahkan kebanyakan mereka walaupun berada di tempat yang ke-4.





Dalam kategori lelaki pula, regu Saruddin Abbas (PPSP) dan Rosliza Harun (PPSK) tidak menghampakan apabila menduduki tempat ke 3 dari 56 regu yang bertanding.

Lebih membanggakan 2 orang wakil USM, Saruddin dan Mar'iyah berjaya menduduki tempat ke 5 teratas bagi melayakkan beraksi dalam kategori Step Ladder.

Majlis penutup pada 4 hb Mei 2019 disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat Exco Belia dan Sukan/NGO Negeri Kelantan diiringi oleh Pengerusi MAKSAK Kelantan Dato' Haji Wan Zamri yang juga Pengarah PTG Negeri.

Sumber : Saruddin