Saturday, May 4, 2019

DOKTOR HOSPITAL USM RELA PEGANG PENYAPU LIDI




Program Amal membersih Kubur Demit merupakan acara tahunan diadakan oleh Komuniti Penduduk Mukim Demit. Program ini diadakan pada 3 Mei 2019 pada hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.30 tengahari.  Dr. Seoparjoo Azmel Bin Mohd Isa daripada Jabatan Patologi dijemput untuk memberi ucapan selaku wakil kepada pihak pengurusan Hospital USM.

Kasih sayang antara Hospital USM dan komuniti penduduk setempat Kubang Kerian, Kelantan terserlah apabila seramai 14 orang sukarelawan Hospital USM yang terdiri daripada gabungan pelbagai persatuan turun menyertai Program Amal Gotong Royong pada 3 Mei 2019.





Hospital USM melupuskan sisa biologi secara tanaman di lokasi berkenaan. Ia merupakan hasil daripada perbincangan dan persetujuan oleh penduduk setempat.



Oleh itu, pihak pengurusan Hospital USM di bawah Jawatankuasa Pelupusan Spesimen Hospital USM telah menyertai acara yang diadakan oleh penduduk setempat.  Sukarelawan daripada Hospital USM terdiri daripada 14 orang sukarelawan daripada Unit Pematuhan dan Pengurusan Risiko, Jabatan Patologi, Unit Kejururawatan dan Pejabat Timbalan Pengarah Operasi.

Hospital USM telah menyumbangkan wang tunai RM200 (hasil daripada sumbangan staf), 50 helai kain pelikat (hasil daripada sumbangan staf) dan jamuan ringan kepada 50 orang penduduk.

Sumber : Staf Hospital USM